|
|
| Friday, 7-Apr-2006 12:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ghazal untuk rabiah....
|
|
Ghazal di peringkat permulaannya dikenali juga sebagai "gamat" yang bermaksud riuh-rendah. Pada masa kini ghazal Melayu lebih dikenali sebagai ghazal Johor. Irama ghazal berkembang pada asalnya di istana-istana Riau-Lingga. Antara alat muzik yang digunakan adalah seperti sebuah peti harmonika, satu set tabla, gambus, violin, gitar, markas dan tamborin. Pemuzik ghazal Johor biasanya seramai 7 hingga 9 orang pemuzik lelaki yang berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan samping.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Apr-2006 12:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KLCC
|
|
Pagi-pagi lagi aku dah tercegat depan pintu masuk KLCC ni.Hari tu suasana paginya amat nyaman.Cuaca yang cerah dengan matahari menyinari taman KLCC.
Hari tu aku ada ingin melihat binatang laut di Aquaria KLCC.Sementara menunggu pintu masuk dibuka.Aku pergi bersiar-siar di sekeliling taman KLCC.Tidak ramai seperti yang dijangkakan.Memudahkan aku mengambil udara segar tengah kota.
Mana tidaknya aku datang di KLCC ini pada hari waktu kerja jadinya mana ada orang.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Apr-2006 09:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fiesta Sukan.
|
|
2006 telah datang.Bagi peminat bola,saat dinanti-nantikan telah tiba untuk melihat pasukan kegemaran mereka bertarung untuk mendapat gelaran juara dunia yang di adakan 4 tahun sekali.Jika di lihat 2002 dimiliki oleh pasukan france yang mengalahkan pasukan german,adakah juara dunia itu dapat mengekalkan keegoannya untuk 4tahun lagi dan adakah pasukan tuan rumah dapat membalas dendam setelah diaibkan di Jepun 4 tahun lepas.Kehangatannya semakin terasa diseluruh dunia.
Nun Jauh di hulu selangor.Kehangantan bola sepak terselah dikalangan pekerja-perkerja disini.Dengan perlawanan 2 kali dalam satu hari yang dijalankan pada hari sabtu yang lepas.Mau terkangkang jalan kat kilang pada hari isnin yang lepas.
Hari isnin yang lepas,dalam keadaan yang tidak beberapa sihat akibat main bola,ada perlawanan takraw kat kilang aku.Best juga tengok orang main takraw tapi disebabkan aku tak beberapa reti main takraw ni aku hanya jadi penonton je.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 29-Mar-2006 10:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bolt Oh Bolt.....
|
|
Palace: Rawang.
Time: 2.30a.m
Thema:Cara baru melepaskan boring pada waktu kerja semasa shift malam.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Mar-2006 13:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bunga Jambu Air di Rumahku....
|
|
Balik dari main bola tadi,singgah kat warung tepi jalan nak beli buah-buahan.Kalo diperhatikan tiada yang menarik melainkan jambu batu,Nenas dan lain-lain.Tetapi dihujung sudut hujung warung penjaja warung sedang memotong buah jambu air untuk dijual.
"Seringgit je bang" jawab penjaja warung tersebut bila ditanyakan mengenai harganya.Berdetik dalam kotak fikiran mengenai kenangan buah jambu air.
Masa aku darjah 5 hingga Tingkatan 3 buah ini mudah ditemui di kampung aku.Tiba masa ianya berbuah menjadikan satu pesta dimana seluruh pokok menjadi putih dengan bunganya.Selama seminggu menanti barulah buahnya keluar.Menjadikan pokok yang dahulunya putih menjadi merah.
Sebelum pergi sekolah agama sudah menjadi kewajipan aku mengambil buah ini untuk dijadikan bekal ke sekolah.Tanpa dibasuh terus makan menjadikan ianya sedap sekali tapi kalo ada ulatnya bertambah enak.Bak kata orang lemak-lemak manis.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Mar-2006 14:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lagu kita..
|
|
Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.
Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.
Bagaimanapun penerimaan rentak baru ini agak hambar.
Orang johor tak tahu lagu ni bukan Johorian tau.hehehehe
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Mar-2006 14:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Putrajaya...
|
|
Hari ni lepas pegi Nilai 3.aku dgn si dia terus pergi ke putrajaya.Putrajaya tempat selalu dikunjungi adalah dataran putrajaya.So aku dan si dia bercadang ke sana.
Tepat pukul 3.15 petang sampai juga ke datang putrajaya.Kelakar juga nak ke sana sebab kena pusing sebanyak 2kali.Was-was nak masuk mana.Cuaca agak mendung berbanding hari sebelumnya.Keluar dari kereta kami terus bermain-main bawah bendera malaysia dan bendera-bendara negeri di malaysia.
Sedar tidak sedar jam sudah menujukkan pukul 4.00ptg.Bergegas aku dan si dia ke kereta untuk ke Shah Alam kerana ada hal penting untuk dibincangkan mengenai masa depan kami.
| Quote: | Bukan kuidam emas permata
Cukup sekadar cinta setia
Barulah sempurna janji
Lafaz asmara hidup berdua
Jeling berulang madah bersahutan
Bisik berbalas kasih berpantun
Padamu kasih berbunga
Moga harumnya hingga ke petang
Penyeri kamar impian
Hidup berdua sepantun cinta |
p/s:Ambil dai lirik lagu syura dgn nana.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Mar-2006 12:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA JEFF DAN WANIEY
| Quote: | Cinta tidak akan hadir jika tidak dicari,
Cinta itu manis jika dihargai,
Cinta itu pahit jika didustai,
Cinta yang suci berakhir dengan ikatan abadi.... |
Ni buat aku tak sabar nak kawin ni.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Mar-2006 09:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mesjid Jamek Kota Tinggi
|
|
Jika sebut Mesjid Jamek Kota tinggi ni semua penduduk di pekan ini tahu mengenainya.Kubah berwarna putih krim dan dilayangkan dengan warna biru pada bumbungnya memberikan satu kedamaian dan keharmonian jika memasuki ke perkarangannya.
Kali ni aku melawat Mesjid Jamek ini,sebelum bertolak ke Johor bahru.Hampir 3 tahun aku tak menjejak kaki di mesjid ni.Banyak berubahan yang dah berlaku.
Bahagian tempat solat bagi kaum lelaki diperbesarkan,manakala bahagian wanita pula dibina di tingkat 2.Tempat letak kereta diperluaskan untuk memberi keselesaan kepada jemaah pada hari jumaat.Mesjid ini telah diubah suai mengikut perubahan zaman.
Tapi yang menarik perhatian aku adalah kubah hijau yang terletak dibahagian tepi mesjid.Tertanya-tanya kenapa dibina warna hijau tidak warna biru.
Yang bawah ini gambar permandangan longkang ataupon parit dihadapan umah aku.Baru dibersihkan kalo tak penuh sampah.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 13-Mar-2006 09:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Balik Kampung
|
|
Minggu lepas aku balik Kampung aku di Kota tinggi.Memang tak rancang untuk pulang sebab.Petang jumaat itu baru diberitahu yang hari sabtu dan hari ahad tidak ada kerja lebih masa (Over time).Tanpa buang masa tepat pkl 5:45 petang terus aku pecut balik ke rumah sewa aku.
Berbekalkan baju kotor aku terus masukkan dalam kereta dan terus pulang ke Kota Tinggi.Rancangan kepulangan aku ini tidak aku beritahu kepada sesiapa pun kecuali si dia di puncak alam.Mak ayah aku pun aku tidak beritahu.Tidak mahu dia orang risau.Dalam pukul 3:30 pagi jejak la kereta aku di tanah perkarangan rumah aku yang gelap gelita
Mak aku terpegun sapa yang datang tengah-tengah malam.Di amati oleh dia dari jendela rumah baru dia sedar yang datang tu anak dia dari perantauan telah pulang.Gembira dan geram tidak terkata.
Apa-apa pun pagi-pagi aku kena marah sebab aku tak beritahu tentang kepulangan aku dengan ayah aku.
|
|
|
|