INFO: TEMPAT KERJA AKU SEKARANG BARU LANCARKAN KEMPEN QUALITY PERINGKAT TERKAHIR.TUJUAN UTAMA NAK BERITAHU OPRT MENGENAI KEPENTINGAN KUALITI DAN KEPENTINGAN PENGGUNA. MOGA DENGAN KEMPEN INI DAPAT JUGA SEDARKAN YANG LAIN MENGENAI KUALITI SESEORANG ITU...
SAAT CINTA BERSATU ABADI #3
Mesyuarat tergempar baru sahaja habis, semua penyelia line beredar dari bilik mesyuarat Mesyuarat yang berlangsung 1 jam banyak tertumpu mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa cuti Hari Raya Haji selama 2 minggu.
Firin mengeluh panjang di bilik mesyuarat. Banyak perkara perlu diselesaikan sebelum cuti ini. Dia sudah memeriksa permohonan cuti kawinnya. Gembira sungguh tidak terhingga apabila permohanannya untuk cuti selama 2 minggu telah diluluskan.
“Boleh Call tak?” ringkas sahaja mesej yang dia terima dari Huwaina, tunang Firin. Rasa risau melanda fikiran Firin.
“Boleh call la.Ada apa?” ringkas sahaja Firin membalas.
2 minit selepas itu telifonnya berbunyi. Tertera nombor yang tidak diketahui tetepi Firin dapat mengagak siapa yang menelifonnya.
“Assalamualaikum” jawab Firin sambil berlari anak keluar dari bilik mesyuarat. Dari jauh riak wajah firin tidak menentu semasa dia menjawab panggilan itu.
Firin masih termenung di dalam kereta Man, rakan sekerjanya. Bajunya dibasahi peluh. Malam itu dia ada perlawanan persahabatan futsal di sekitar rumahnya. Seperti biasa lepas main futsal mereka bercadang untuk makan di sekitar bandar Rawang.
“Man aku ada masalah ni” Firin memulakan perbicaraan.
“Apanya?” balas Man dengan ringkas.
“Cuti kawin tunang aku kena tarik balik”, jawab Firin dengan nada sedih.
“Dia naik pangkat ke penolong pegawai. Lepas kawin 17 tu esoknya dah kena daftar kat putrajaya. Tekanan aku macam ni.” Luah Firin.
“Fuh payah juga tu, abis tu apa ko nak buat?” Man ingin kepastian.
Lani aku suruh dia daftar macam biasa. Cuti dua minggu dia tu dia tolak balik tapi dia ambil MC dua minggu” sambung Firin.
“OK la tu, berkorban sedikit nanti-nanti bole honeymoon. Kau batalkan je cuti kau tu.apply hari lain, abis cerita” Man memberi cadangan.
“Aku tak tahu la man, tengok la keadaan macammana” Firin menutup bicara.
best novel tuh...huwaina tolak tawaran kenaikan pangkat tuh..rezeki ada dimana saja asalkan perhatian terhadap suami tercinta tidak diabaikan..dapatla firin cuti sebulan..hanya satu huwaina harapkan..restu dari suami tercinta dalam setiap apa yang dia lakukan..dan diharap keputusan yang dibuatnya ini tidak sia-sia...Semoga ada tawaran yang lebih hebat dari itu..Aminn....