Jam di bilik mesyuarat sudah menunjukkan 9:05 pagi. Firin masih menbelek-belek buku dairi kecil berwarna hitam pemberian ikhlas syarikat kepada pekerjanya. Perjalanan mesyuarat pagi tidak di ambil kisah. Dia masih lagi membelek nota - nota yang dia tulis di dalam dairi itu. Sebahagian nama rakan sekerja dan rakan sekolah lamanya sudah dipotong menandakan kad jemputan sudah diedarkan.
“Ada apa-apa lagi?” Suara gema memecah sunyi mesyuarat pagi itu.
“Firin kamu bila start cuti?” suara yang sama ditujukan pada Firin. Firin tergamam, dia melihat sekeliling. Semua mata tertumpu di kerusi dia labuhkan punggungnya. Terdengar suara-suara sumbang mentertawakan dia.
“Enam Belas haribulan Bos” Jawab Firin dengan tergagap. Firin was-was dengan jawapan itu.
Semua penyelia sudah mula beredar dari bilik mesyuarat. Dalam masa 5 minit sahaja ruang bilik mesyuarat sudah kosong yang tinggal hanyalah kerusi yang tidak tersusun. Firin masih membelek senarai nama di dalam diarinya. Raut muka Firin berkerut.
“Banyak lagi yang aku tak kasi lagi ni, bila nak kasi ni?” hati Firin berkata.
Dia terus bangun dari tempat duduknya menuju ke hujung sudut bilik mesyuarat. Dicapainya beg kertas bunga yang mengandungi sampul-sampul surat didalamnya. Dibeleknya satu persatu lalu dikeluarkan. Dengan segera dia membuka pintu pejabat menuju arah yang tak pasti hala tujunya.
Firin berjalan laju, dia mesti mengedarkan kad jemputan kawin sebelum minggu depan dengan apa cara sekalipun. 200 keping kad tanda jemputan rasmi ikatan cinta yang abadi antara Affirin Hj Yusof dengan Fairuz Huwaina Sulaiman....